Jumlah Daftar lewat kelahiran - Jumlah permohonan lengkap adalah 82 , Permohonan lulus 78, baki dalam proses 4.
Jumlah Daftar lewat kad pengenalan - Jumlah permohonan asal 31, Yang Lengkap 28, Ditolak 3, Lulus 28.
Jumlah permohonan 15(1) - Lengkap 32, Lulus 12, Dalam proses 20.
(i) Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan:
(a) isteri bagi warganegara Malaysia;
(b) telah memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia bagi tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh permohonan; dan
(c) berkelakuan baik
Jumlah permohonan 15(2) - Lengkap 5, Dalam proses 5.
(ii) Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan:
(a) permohonan oleh ibu, bapa atau penjaga warganegara Malaysia;
(b) bagi kanak-kanak berumur di bawah umur dua puluh satu (21) tahun; dan
(c) pada masa kelahirannya, ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia.
Jumlah permohonan 15(A) - Lengkap 7, Dalam proses 7.
(iii) Pekara 15A Perlembagaan Persekutuan:
(a) bagi kanak-kanak berumur di bawah dua puluh satu (21) tahun; dan
(b) permohonan dalam keadaan khas yang difikirkan patut oleh Kerajaan Persekutuan.
Jumlah permohonan 16 - Lengkap 115, Lulus 13, Dalam proses 102.
(iv) Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan:
(a) orang yang berumur lapan belas (18) tahun atau lebih;
(b) lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka;
(c) memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia bagi tempoh tujuh (7) tahun;
(d) berniat untuk bermastautin tetap;
(e) berkelakuan baik; dan
(f) berpengetahuan mudah dalam Bahasa Melayu.
Jumlah permohonan 19 - Lengkap 106, Lulus 2, Dalam proses 104.
(v) Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan:
(a) orang yang berumur lapan belas (18) tahun atau lebih;
(b) memegang taraf Pemastautin Tetap Malaysia bagi tempoh dua belas (12) tahun;
(c) berkelakuan baik; dan
(d) mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu.
MIC NS akan berusaha untuk dapatkan kelulusan bagi semua pemohon seccepat mungkin.
.