Wednesday, August 18, 2010

Work done as MIC Negeri Sembilan State Chairman

Ini adalah beberapa masalah dan program yang telah diselesaikan/dilangsungkan oleh saya semenjak 2001..Terdapat lagi program yang belum sempat saya blogkan,tapi akan update dalam blog secepat mungkin..
1.1 Masalah Sijil KelahiranMasalah dokumen sah masih menjadi masalah berterusan di kalangan masyarakat India. Diantaranya ketiadaan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil warganegaran, masalah pasport antarabangsa dan sijil perkahwinan. MIC Negeri Sembilan prihatin kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen tersebut. Pelbagai program dijalankan untuk menangani masalah tersebut. pendaftaran kad pengenalan, surat beranak, pendaftaran perkahwinan telah diadakan dan seramai 250 orang menghadiri dan berjaya berdaftar.

MIC NS juga memberi pelbagai sumbangan kepada golongan masyarakat yang memerlukannya. Antaranya MIC NS memberi sumbangan kerusi roda dan juga hemper di Port Dickson,seremban,nilai,tampin dan lain lain lagi semenjak 2001.

Masalah hujan lebat dan banjir di Port Dickson, sebanyak 7 buah keluarga telah menjadi mangsa hujan lebat dan banjir.
Bantuan kepada keluarga En. Muniandy & N. Saraswathy yang sakit. Dimana sumbangan diberi untuk membayar baki bank dan membeli rumah berkenaan. MIC NS juga memberi sumbangan kepada rumah anak yatim pada tahun 2007.
Sumbangan kaki palsu kepada Pn. Chandra yang di Taman PD Utama.
Seramai 170 keluarga miskin telah diberi bantuan program pembasminan di Majlis Perbandaran seremban.

Pelbagai bantuan kebajikan dihulurkan kepada orang ramai terutama sekali kepada para ibu tunggal. MIC negeri juga memberi bantuan kebajikan dalam bentuk kewangan kepada warga emas pada tahun 2001-2009

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menggerakkan program Bantuan Keluarga Miskin (PPKB) iaitu 7 jenis bantuan dihulurkan kepada keluarga kurang berkemampuan yang memperolehi pendapatan keluarga yang kurang daripada RM 585.00 sebulan. program mengisi boraang permohonan bantuan PPKB telah diadakan di Wisma MIC NS. Dalam program tersebut seramai 500 ibu tunggal dan keluarga miskin telah datang untuk mengisi borang tersebut dan mereka diberi keterangan cara-cara mengisi borang tersebut serta bantuan yang disasarkan oleh kerajaan.

Tuisyen Percuma Di Vinashini Home.
Di antara projek-projek lain yang berteraskan pendidikan yang dijalankan oleh MIC NS ialah kelas bimbingan dan tuisyen percuma di rumah kebajikan Vinashini Home. Seramai 12 murid dalam lingkungan darjah 1 hingga tingkatan 3 di bimbing dalam matapelajaran BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah dan Geografi dengan bantuan 7 guru siswazah. Kelas ini dijalankan setiap hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad.

Pemberian Sumbangan Barang Keperluan Harian Kepada keluarga Miskin Dan Ibu Tunggal
Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan telah mengenalpasti keluarga miskin yang berada dibawah garisan miskin tegar lalu memberi sumbangan dalam bentuk barang keperluan harian dengan ditaja oleh Giant Group. Bantuan ini diiberi dan akan berterusan. Sebanyak 200 buah keluarga miskin termasuk ibu tunggal telah menerima bantuan ini.

Sutera Sari
Pada 27hb Julai 2007, kursus Asas Jahitan (sutera sari) untuk wanita MIC NS telaah pun diadakan di Dewan MIC NS. Kursus sutera sari ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita.

Majlis Pemberian Peralatan Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Daripada keluarga Kurang Berkemampuan.Badan Perhubungan MIC sangat mengambil berat tentang warga yang kurang upaya contohnya Ibu tunggal. Masalah yang sering kali dialami oleh mereka adalah keluarga mereka ditinggalkan oleh suami, atau suami meninggal dunia. Berikutan dengan masalah ini sebuah keluarga mengalami kesusahan. Pada saat-saat seperti inilah MIC NS memberi pertolongan kepada mereka. Pelbagai bantuan dihulurkan kepada mereka yang dibelenggu kesusahan. Antaranya adalah memberi bantuan persekolahan, mendapatkan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal, mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan. Pada 29/12/2007 seramai 500 orang muri anak ibu tunggal telah mendapat bantuan peralatan sekolah seperti beg, buku sekolah dan kasut sekolah. YBhg Datin Sri Indrani Samy Vellu telah menghadiri program ini sebagai tetamu khas.(Saya telah membuat program yang sama sampai 2010)( Harap Program ini akan berterusan di N.Sembilan )

MIC negeri juga memberi sumbangan buku-buku rujukan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Seramai 1615 pelajar UPSR telah mendapat sumbangan tersebut. Program ini telah diadakan di Wisma MIC NS. Untuk menggalakkan pelajar, MIC NS juga menghadiahkan sebuah komputer kepada setiap pelajar yang mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR dan juga jam tangan kepada pelajar yang mendapat 6A. Seramai 43 pelajar mendapat komputer dan seramai 46 pelajar dapat jam tangan.( Program ini pun telah dibuat oleh saya sampai 2010, Harap program ini akan berterusan)

Masalah perumahan Ladang Terentang dan Ladang Batang Benar telah diselesaikan oleh pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan. Harga rumah RM 69,000 telah dikurangkan sehingga 40,000. MIC Negeri Sembilan telah membantu mendapatkan sumbang sebanyak RM 10,000 untuk Kesatuan Pekerja cawangan Negeri Sembilan dan menganjurkan motivasi untuk ahli-ahli dan juga memberi sumbangan pendidikan kepada anak-anak mereka. Ladang-ladang yang menghadapi masalah air, elektrik, jalan tar dan kuil telah pun diselasaikan oleh saya dengan perbincangan Pengurusan Ladang. Ladang-ladang tersebut adalah Ladang Kubang, Ladang Kirby dan Ladang Gedes Bahau.

Sunday, May 30, 2010

illegal Cow Farm in Teluk Kemang




-Mr.Gunasekaran having nearlly 60 to 70 cows in this place for nearlly 10 years
-Recently officers from District office caught him and told him to vacate the place
-He then came to me to ask help, so i and Yb.Tan Sri Isa has told to the district officer to dont distrub him untill we find him a new place.
- The district officer's were very helpful
-I told to Mr.Gunasekaran, y didn't u come earlier, y u come now only after having problem..I told him not to worry..Everything will be fine..

Social Visit and Giving kebajikan






Few day back just went around and met some indian womens that needed help and also visited few housing areas that were having some problems due to heavy rain

Labu Tamil School

I would like to Thank Y.A.B Dato Seri Najib for giving RM1.9 million for the bulding fund for the school and YB.Dato Dr. Subramaniam for bring this school matter to the cabinet and helping all the way..